Blogger Templates

sebuah cerita sisa kehidupan




memamparkan tentang kehidupanku

6.4.13

KENAPA MESTI ADA PERASAAN CEMBURU...??


Kenapa suami perlu ada sifat cemburu? Kerana:


1. Suami pemimpin dan pelindung isteri

Sebagai pemimpin dan pelindung, tentulah suami ada rasa kepunyaan terhadap isteri. Ini normal. Rasa kepunyaan itu menyebabkan timbul cemburu bila tindak-tanduk atau gerak-geri isteri menggambarkan seolah-olah isteri bukan kepunyaan suami atau bukan lagi di bawah pimpinan dan perlindungan suami.

Cemburu dan rasa tercabar kadang-kadang berbaur. Suami mahu isteri selamat di bawah bidangKuasanya suka rujuk dan dengar pandangan suami, selalu minta izin dan utamakan suami dalam banyak hal.

Maka suami ada hak untuk cemburu jika isteri: keluar rumah tanpa izin, bertindak di luar pengetahuan suami, buat keputusan penting untuk keluarga atau anak-anak tak rujuk suami, berbaik-baik dengan orang yang suami tak suka dan seumpamanya.


2. Suami teman paling rapat isteri

Teman rapat tentulah diharap dapat menjadi pendamping setia pada setiap masa dan ketika. Seorang yang sentiasa terbuka dan tidak suka berahsia.

Oleh itu wajarlah suami rasa cemburu jika isteri: selalu berwajah suram depan suami tapi ceria depan orang lain, suka berahsia dengan suami, tak berterus-terang dan lebih suka habiskan masa dengan orang lain terutama orang lelaki lain berbanding dengan suami.

3. Suami adalah kekasih isteri
Dengan kekasih sepatutnya ada jalinan kemesraan. Diikat oleh perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Lalu kalau isteri lebih mesra dengan orang lain daripada suami, lebih nampak sayangnya kepada orang lain, lebih mudah mengukir senyum depan orang lain, lebih nampak manja dengan orang lain daripada dengan suami, wajarlah suami rasa cemburu.

Kekasih mana yang tak rasa cemburu melihat pasangan kekasihnya menduakan, menigakan atau membanyakkan agihan kasih dan kemesraan yang sepatutnya diberikan kepada satu-satunya kekasih yang ada.

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. (Ar-Rum: 21)

Jadi, baik suami sebagai pemimpin, pelindung, teman rapat atau kekasih, memang wajar dan berasas perlu adanya sifat cemburu terhadap isteri. Cemburu yang berasas bukanlah cemburu yang melulu dan ikut nafsu. Cemburu ini adalah atas dasar menjaga tepi kain ahli keluarga sendiri.

Kalau tidak ada langsung cemburu, ia bukan satu sifat yang normal. Sedangkan haiwan pun ada sifat cemburu terhadap pasangannya, kecuali haiwan seperti babi yang memang tabiat dan perangainya hina lagi jijik.

(Mungkin sebab itu dikatakan, orang yang selalu makan daging babi akan lemah perasaan cemburunya terhadap hal-hal yang terlarang, dan hilang rasa malu, seperti disebut oleh tokoh ulama Dr. Yusuf al-Qaradawi. Wallahu alam.)

Suami kalau benar sayang isteri, mahu memimpin dan melindungi isteri, mahu menjadi teman setia dan kekasih isteri bukan saja di dunia tapi juga di akhirat – wajar rasa cemburu jika isteri melakukan perkara-perkara yang terlarang. Isteri tak tutup aurat, keluar rumah tanpa izin, mengenakan wangian semerbak untuk tarik perhatian lelaki, pulang ke rumah ikut sesuka hati, bergaul mesra dengan lelaki lain tanpa batas… ini patut dilihat dengan pandangan cemburu.

Dan rasa cemburu ini wajar diperlihatkan melalui cara dan kata-kata yang baik, jangan hanya disimpan, disorok dan didiamkan. Kena berterus-terang dan dalam masa yang sama menjaga wibawa sebagai suami.

Cemburu suami ini bukan saja kerana naluri semulajadinya merangsang timbulnya rasa cemburu, tapi juga kerana tak mahu isteri mendapat murka Allah dan kerana suami sendiri ada tanggungjawab memimpin isteri ke jalan yang diredhai. Ini hak suami yang mahu isteri sama-sama selamat dalam kehidupan dunia dan akhirat serta mahu bertanggungjawab di depan Allah atas orang yang dipimpinnya (isteri).

Wahai orang-orang yang beriman, selamatkanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari apineraka (At-Tahrim: 6)

Allah bekalkan sifat cemburu, juga sifat penyayang dan ambil berat, supaya suami dapat memainkan peranan ini dengan berkesan. Tak cemburu atas perkara-perkara yang patut cemburu dan tak cuba betulkan keadaan adalah sikap culas pada tanggungjawab. Takut-takut jadi lebih ekstrim iaitu sampai ke tahap dayus.

Dayus adalah sifat lemah yang dimurkai yang tidak wajar ada pada seorang suami. Tiga golongan yang tidak masuk syurga selama-lamanya; lelaki dayus, perempuan yang menyerupai lelaki dan penggemar arak. (Hadis riwayat at-Tabrani)

Jaga Tepi Kain Anak Isteri

Oleh itu wajarlah kalau suami tingkatkan rasa cemburu dalam hal-hal yang dia patut cemburu. Jangan tak cemburu jika isteri terang-terang buat perkara-perkara yang melanggar perintah Allah. Kena cemburu dan berusaha untuk tegur dan betulkan keadaan dengan cara yang sebaik-baiknya.

Kalau sudah punya anak dan bergelar bapa, sifat cemburu juga perlu ada terhadap anak. Jaga selalu tepi Kain anak supaya terpimpin hidupnya. Biar ada rasa cemburu jika anak menunjukkan tanda-tanda mahu lepas bebas dari kawalan kita tanpa boleh ditegur, kalau sembahyangnya culas, kalau bergaul bebas, kalau fardu ainnya tak lepas.

Tuhan kita pun cemburu jika kita buat sesuatu yang Dia larang, kenapa kita sebagai ketua keluarga tidak harus cemburu terhadap ahli-ahli keluarga kita?

Sesungguhnya Allah itu cemburu, dan kecemburuan Allah itu manakala seorang hamba melakukan apa yang diharamkan Allah terhadapnya.” (Hadits Muttafaq 'Alaihi)

No comments: