Blogger Templates

sebuah cerita sisa kehidupan




memamparkan tentang kehidupanku

19.2.11

kekuatan cinta

cinta itu indah
bila dua hati berpaut
namun cinta itu buta
bila nafsu menyelubungi hidup..
betapa perit bila dilukai
betapa seksa bila disakiti
hanya pada allah saja tempat meluah segalanya
moga cinta hak milik kita semula

17.2.11

CINTA…

Keagungan cinta terletak pada keindahan persahabatan yang terjalin antara dua teman yang saling menyayangi antara satu sama lain.Cinta yang disulami keikhlasan, kejujuran, kesetiaan, kasih sayang, & pengorbanan yang sangat dahsyat terlalu sukar untuk ditemui. Satu dalam sejuta…Aku & pasanganKu telah lama menjalin cinta, cukup lama…
Sehinggakan kami akan BERSATU tidak lama lagi.
Keindahan cinta kami bermula dengan kenangan kami berdua di TEMPAT BERMAIN KAYAK di itu  lah cinta berputik.
Kami sangat bersyukur kepada TUHAN YANG MAHA ESA, kerana menemukan kami berdua.
Bermula dengan hanya berpandangan, kerana lidah kami kelu membisu… setiap kali kami berselisih dengan senyuman, debaran di dadaku semakin kuat bergetar. Membuatkan hati yang pernah terluka menghidup kan kenangan baru, sekarang aku berasa sangat gembira bersama nya… Dia telah memberi semangat baru & kehidupan baru kepadaku, lihatlah kepada kawan-kawan yang tengah bercinta jangan lah mensia-siakan orang yang sangat menyayangi kita setia lah kepadanya…….. TAKE CARE!!

14.2.11

apa itu cinta

Cinta adalah sesuatu yang amat istimewa.. ianya lahir dari hati tanpa dipinta.. dan ianya juga boleh tercipta dari persahabatan yang terlalu indah.. dan yang nyata adalah cinta terhadapNya..
Cinta mampu menguasai segalanya..
pandangan manusia mampu diubahnya..
hala tuju hidup boleh berubah kerananya..
kita boleh jadi BUTA kerananya..
ramai kata cinta itu buta.. sehingga lupa siapa yang bercinta dan kenapa kita bercinta..
ramai org kata cinta itu gila..
sehingga lupa apa itu cinta sebenar dan mengapa kita dikurniakan cinta..
apa pun sebabnya, cinta adalah naluri, tak kira lelaki, wanita, mahupun maknyah…
dan apa pun alasannya, setiap insan berhak memilikinya, kerana manusia dilahrikan atas dasar cinta.. dan cinta itu adalah sesuatu yang sepatutnya..
melalui cinta, kita boleh kenal segalanya,
melalui cinta, kita tahu hidup itu indah..
dan melalui cinta, kita sedar betapa besarnya erti sebuah pengorbanan…

10.2.11

IZINKAN AKU MENCINTAIMU SEMAMPUKU


IZINKAN AKU MENCINTAIMU SEMAMPUKU

Tuhanku
aku mula belajar mencintaiMu sejak kecilku
melalui asuhan ayah dan ibu
melalui madah Tuan Guru
lembaran wahyuMU kupelajari
sabda nabiMU kuhayati
masih terpahat dalam ingatan.

Tuhanku
aku tidak mampu mencintaiMU seperi Saidina Abu Bakar
Sanggup menyerahkan seluruh hartanya
atau seperti Saidina Omar
Yang menyerahkan separuh hartanya
demi mencari keredhaanMU
izinkan aku mencintai
Mumelalui amalku yang singkat
dan sedekahku yang sedikit.

Tuhanku
aku tidak mampu mencintaiMU
melalui solat yang kusyuk
Seperti Saidina Ali
Tidak Berasa sakit
walau panah menembusi kaki
zinkan aku mencintaiMU
melalui solatyang kulakukan dalam waktu yang terbatas

Tuhanku
Izinkan aku mencintaiMU
dengan mencintai isteri dan anak-anakku
saudara-saudaraku
sahabat-sahabatku
dan orang-orang alim di kalangan kami.

Tuhanku
Izinkan aku mencintaiMU semampuku
betapa kerdilnya diri inI
di sisi kebesaranMU. 

4.2.11

Langit Tidak Semestinya Sentiasa Cerah


Setiap hari, kita melalui peredaran masa siang dan malam. Kadang-kala itu, kita juga lihat bagaimana langit yang pada awalnya cerah, biru dan bersih tiba-tiba menjadi gelap bersama tiupan angin yang kencang. Ianya samalah seperti kehidupan kita dalam berpasangan. Adakala tenang setenang-tenangnya dan adakalanya berombak kuat porak peranda. Sesetengah orang ada kata,
"Hidup umpama roda. Kadang-kala kita di atas. Kadang-kala kita di bawah."