Blogger Templates

sebuah cerita sisa kehidupan




memamparkan tentang kehidupanku

29.4.13

tabah menerima dugaan ilahi.

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan….
Aku belajar melupakan seseorang yg melupakan aku... Aku belajar memaafkan semua orang yg menyakiti aku... Aku belajar utk menjadi yg terbaik utk org yg aku sayangi.. ttpi ssuatu yg tak bisa aku pelajari iaitu, "aku harus belajar TERSENYUM disaat org yang aku sayangi MENYAYANGI org lain." kenapa
dia berlaku pada diri seseorang ..
 Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang bersabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal yang waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang kita mengintai hikmahnya..

9.4.13

Beza antara CINTA, SUKA dan SAYANG



Yeahhh!!!! so true. Bila kita sukakan seseorang tak bermakna kita cintakan dia sebab suka dan cinta ada bezanya dan sayang adalah hasil dari proses suka dan cinta.

Suka, memerlukan sebab manakala cinta tidak memerlukan sebab tetapi lebih kepada siapa yang kita cinta "Like because what you have, Love because who you are" manakala sayang menjurus kepada rasa hasil daripada suka atau cinta.

Dia cantik, dia anngun, pandai masak, pandai ambil hati, baik budi, sopan santun, ayu, handsome, kacak, tampan, macho, berkerjaya, tinggi, body solid, bergetah dan etcccccccccccccc sebagainya, SEMUA ALASAN tersebut adalah sebab, dan itu menunjukkan yang kamu sukakan dia.

Tidak pada CINTA, cinta adalah lebih mudah tetapi satu perasaan yang lebih complicated. Kamu cintakan seseorang bukan sebab apa yang dia ada tapi siapa dia. Kamu tak kisah pun apa rupa paras dia, gemuk ke kurus ke, hodoh ke, malah ada yang cintakan seseorang bagai nak mati walaupun dia tahu orang yang dia cinta itu cacat, kaki pukul, penipu, hodoh dan sebagainya. Sebab, cinta kamu adalah kerana..........tak ada sebab, memang kamu cintakan dia. Ia adalah satu perasaan yang kamu sendiri tiada jawapan kenapa.

Now, if you like somebody, you will have the reasons but not when you fall in love. Kamu boleh jatuh cinta pada seseorang hanya dengan melihat dia sekali imbas. "Love at first sight" without any reason, tapi kamu tahu yang dia adalah sangat special pada kamu.

Tapi jangan salah faham, cintakan seseorang bukan bermakna tidak ada rasa suka. Ada, kamu mungkin suka dengan tingkah laku si dia, cara dia melayan kamu, personlaiti, dan physical appearance dan mungkin ada perkara yang kamu tidak suka tentang orang yang kamu cintai, those bad habits yang boleh meloyakan kamu, but at the end, dia tetap orang yang kamu cinta.

Tapi kenapa perbezaan cinta dan suka ni sangat penting. Yeaaaahhhh, so important sebab ramai antara kamu yang sukakan seseorang tapi claim/declare yang kamu cintakan dia. So then, go through your heart, is there any reasons yang membuatkan kamu cintakan si dia, jika ya, maka kamu sebenarnya sukakan dia dari cintakan dia.

Kamu mesti akan konfius dengan perasaan kamu sebab, bagaimana kamu boleh cintakan seseorang tanpa kamu sukakan dia terlebih dahulu. Back to the basic question, is there any reason for you to love someone, then your heart will give you the answer.

Tapi still, banya cinta yang boleh lahir dari rasa suka kita pada seseorang. Kerana hati dan personaliti dia, kamu sukakan dia dan seterusnya kamu mula jatuh cinta, cinta pada dia tanpa sebarang alasan.

dan SAYANG, sayang akan wujud apabila kamu sukakan dia atau cintakan dia. Sayang adalah perasaan yang kamu boleh curahkan pada apa sahaja atau siapa sahaja. It is a feel macam happy, marah, dan sebagainya.



6.4.13

KENAPA MESTI ADA PERASAAN CEMBURU...??


Kenapa suami perlu ada sifat cemburu? Kerana:


1. Suami pemimpin dan pelindung isteri

Sebagai pemimpin dan pelindung, tentulah suami ada rasa kepunyaan terhadap isteri. Ini normal. Rasa kepunyaan itu menyebabkan timbul cemburu bila tindak-tanduk atau gerak-geri isteri menggambarkan seolah-olah isteri bukan kepunyaan suami atau bukan lagi di bawah pimpinan dan perlindungan suami.

Cemburu dan rasa tercabar kadang-kadang berbaur. Suami mahu isteri selamat di bawah bidangKuasanya suka rujuk dan dengar pandangan suami, selalu minta izin dan utamakan suami dalam banyak hal.

Maka suami ada hak untuk cemburu jika isteri: keluar rumah tanpa izin, bertindak di luar pengetahuan suami, buat keputusan penting untuk keluarga atau anak-anak tak rujuk suami, berbaik-baik dengan orang yang suami tak suka dan seumpamanya.


2. Suami teman paling rapat isteri

Teman rapat tentulah diharap dapat menjadi pendamping setia pada setiap masa dan ketika. Seorang yang sentiasa terbuka dan tidak suka berahsia.

Oleh itu wajarlah suami rasa cemburu jika isteri: selalu berwajah suram depan suami tapi ceria depan orang lain, suka berahsia dengan suami, tak berterus-terang dan lebih suka habiskan masa dengan orang lain terutama orang lelaki lain berbanding dengan suami.

3. Suami adalah kekasih isteri
Dengan kekasih sepatutnya ada jalinan kemesraan. Diikat oleh perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Lalu kalau isteri lebih mesra dengan orang lain daripada suami, lebih nampak sayangnya kepada orang lain, lebih mudah mengukir senyum depan orang lain, lebih nampak manja dengan orang lain daripada dengan suami, wajarlah suami rasa cemburu.

Kekasih mana yang tak rasa cemburu melihat pasangan kekasihnya menduakan, menigakan atau membanyakkan agihan kasih dan kemesraan yang sepatutnya diberikan kepada satu-satunya kekasih yang ada.

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. (Ar-Rum: 21)

Jadi, baik suami sebagai pemimpin, pelindung, teman rapat atau kekasih, memang wajar dan berasas perlu adanya sifat cemburu terhadap isteri. Cemburu yang berasas bukanlah cemburu yang melulu dan ikut nafsu. Cemburu ini adalah atas dasar menjaga tepi kain ahli keluarga sendiri.

Kalau tidak ada langsung cemburu, ia bukan satu sifat yang normal. Sedangkan haiwan pun ada sifat cemburu terhadap pasangannya, kecuali haiwan seperti babi yang memang tabiat dan perangainya hina lagi jijik.

(Mungkin sebab itu dikatakan, orang yang selalu makan daging babi akan lemah perasaan cemburunya terhadap hal-hal yang terlarang, dan hilang rasa malu, seperti disebut oleh tokoh ulama Dr. Yusuf al-Qaradawi. Wallahu alam.)

Suami kalau benar sayang isteri, mahu memimpin dan melindungi isteri, mahu menjadi teman setia dan kekasih isteri bukan saja di dunia tapi juga di akhirat – wajar rasa cemburu jika isteri melakukan perkara-perkara yang terlarang. Isteri tak tutup aurat, keluar rumah tanpa izin, mengenakan wangian semerbak untuk tarik perhatian lelaki, pulang ke rumah ikut sesuka hati, bergaul mesra dengan lelaki lain tanpa batas… ini patut dilihat dengan pandangan cemburu.

Dan rasa cemburu ini wajar diperlihatkan melalui cara dan kata-kata yang baik, jangan hanya disimpan, disorok dan didiamkan. Kena berterus-terang dan dalam masa yang sama menjaga wibawa sebagai suami.

Cemburu suami ini bukan saja kerana naluri semulajadinya merangsang timbulnya rasa cemburu, tapi juga kerana tak mahu isteri mendapat murka Allah dan kerana suami sendiri ada tanggungjawab memimpin isteri ke jalan yang diredhai. Ini hak suami yang mahu isteri sama-sama selamat dalam kehidupan dunia dan akhirat serta mahu bertanggungjawab di depan Allah atas orang yang dipimpinnya (isteri).

Wahai orang-orang yang beriman, selamatkanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari apineraka (At-Tahrim: 6)

Allah bekalkan sifat cemburu, juga sifat penyayang dan ambil berat, supaya suami dapat memainkan peranan ini dengan berkesan. Tak cemburu atas perkara-perkara yang patut cemburu dan tak cuba betulkan keadaan adalah sikap culas pada tanggungjawab. Takut-takut jadi lebih ekstrim iaitu sampai ke tahap dayus.

Dayus adalah sifat lemah yang dimurkai yang tidak wajar ada pada seorang suami. Tiga golongan yang tidak masuk syurga selama-lamanya; lelaki dayus, perempuan yang menyerupai lelaki dan penggemar arak. (Hadis riwayat at-Tabrani)

Jaga Tepi Kain Anak Isteri

Oleh itu wajarlah kalau suami tingkatkan rasa cemburu dalam hal-hal yang dia patut cemburu. Jangan tak cemburu jika isteri terang-terang buat perkara-perkara yang melanggar perintah Allah. Kena cemburu dan berusaha untuk tegur dan betulkan keadaan dengan cara yang sebaik-baiknya.

Kalau sudah punya anak dan bergelar bapa, sifat cemburu juga perlu ada terhadap anak. Jaga selalu tepi Kain anak supaya terpimpin hidupnya. Biar ada rasa cemburu jika anak menunjukkan tanda-tanda mahu lepas bebas dari kawalan kita tanpa boleh ditegur, kalau sembahyangnya culas, kalau bergaul bebas, kalau fardu ainnya tak lepas.

Tuhan kita pun cemburu jika kita buat sesuatu yang Dia larang, kenapa kita sebagai ketua keluarga tidak harus cemburu terhadap ahli-ahli keluarga kita?

Sesungguhnya Allah itu cemburu, dan kecemburuan Allah itu manakala seorang hamba melakukan apa yang diharamkan Allah terhadapnya.” (Hadits Muttafaq 'Alaihi)