Blogger Templates

sebuah cerita sisa kehidupan




memamparkan tentang kehidupanku

18.5.12

Hidup Mesti Kuat!

   jika hari ini kita diduga dengan pelbagai cabaran dan kepayahan hidup, kita mesti teruskan kehidupan.

Walau sebesar mana sekalipun dugaan dan cabaran yang anda tempuhi, kita mesti pastikan bahawa motivasi diri kita kekal dan berada dalam keadaan yang terbaik.

Ini kerana motivasi yang sebenar adalah datang dari dalam diri sendiri… bukannya orang lain…

Pakar Motivasi, Seminar Motivasi Dan Buku Motivasi hanyalah pendorong sementara …

Yang kekal dan yang akan bertindak adalah DIRI SENDIRI…
Oleh itu

HIDUP MESTI KUAT!

LIVE STRONG!



15.5.12

7 tips untuk ceria.

 1. katakan pada diri-’aku ceria’ berkali-kali. masuk dalam bilik air dengan doa dan kaki kiri kemudian cakap kuat pada diri tatkala sedang ber’shower’- aku ceria. aku orang yang ceria. aku menceriakan orang lain. -air akan merakamkan semangat ceria itu dan menyeliputi diri sebagaimana dia membasahkan tubuh kita. 

2. niatkan dalam hati ketika sedang berbaring untuk tidur-esok aku adalah orang yang ceria dan menceriakan orang lain. mengucap dan berselawat. akhirkan dengan membaca 3 kali surah al-ikhlas.(sama seperti membaca 1 al-quran) 

3. maafkan diri sendiri. maafkan orang lain. doa supaya orang lain maafkan kita.

 4. tarik dan hembus nafas dalam-dalam sambil masukkan rasa syukur dan buangkan rasa amarah, hasad dengki, tamak haloba dan semua sifat mazmumah. buang satu persatu dengan teknik visualisasi. contohnya, tarik nafas, masukkan rasa syukur kemudian hembus nafas, bayangkan hasad keluar dan seterusnya. 

 5. senyum selalu. kata pada diri, aku ceria, lahirkan pada wajah, senyum seikhlasnya. rasakan senyum itu datang dari hati. lihat perubahan pada wajah, otomatik, wajah akan bertukar jadi manis dan berseri-seri. hati serta -merta jadi tenang. masukkan terus rasa syukur. cubalah. rasakan perubahannya.

 6. berbuat baik dan berkata yang baik-baik. jangan sekali-kali berfikir buruk pada orang lain apatah lagi mengeluarkan pendapat itu melalui kata-kata.(mengumpat). ingatlah. what goes around comes around.

 7. sayangilah orang lain. sifat penyayang akan mengundang rasa sayang yang dilangit kepada kita., ucapkan doa terutama ketika basuhan kedua membasuh muka semasa berwudhu’- wa nur yusufa wajhi man roani yuhibbuni ( cahaya yusuf di wajahku, sesiapa yang melihatku akan mengasihiku). 

ceria selalu. hidup berbakti.

12.5.12

jangan putus asa


Ujian yang dihadapi berbeza antara seorang insan dengan insan yang lain. Ada yang diuji dengan kegagalan dalam sesuatu perkara, ada yang diuji dengan penindasan dan masalah, ada yang diuji dengan kebaikan, kekayaan, kemiskinan dan bahkan ada juga yang diuji dengan kesalahan, dosa-dosa, dan sebagainya. Pendek kata, semua orang pernah dan akan diuji. Persoalan yang penting yang ingin disampaikan bukanlah sekadar untuk membezakan bentuk ujian tersebut namun apa yang lebih penting bagaimana kita menghadapi ujian dan cabaran tersebut. Bersabar dan Bersikap pro aktif serta tidak reaktif apabila menghadapi cabaran dan ujian. Sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan tersebut dan bukannya dengan bereaksi dengan emosi dan hawa nafsu. Ingatlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Tuhan sahaja bagi kita ujian agar kita lebih matang dan pandai menyelesaikan masalah yang ia berikan.
semangat dan jangan putus asa.