Blogger Templates

sebuah cerita sisa kehidupan




memamparkan tentang kehidupanku

23.2.13

USAHA DAN TEKUN TANGGA KEJAYAAN

kalau kita tak usaha naik tangga tu boleh ke kita berjaya?
sesungguh nya ALLAH tidak lihat natijah. tetapi dia melihat  kepada uasaha kita .

Dalam menentukan usaha yng dilakukan membuahkan kejayaan yang diharapkan , beberapa perkara perlu diperhati dan dilaksanakan .Antaranya :

A. Doa
Doa mungkin dianggap perkara yang remeh bagi sesetengah orang ,tetapi bagi orang yang mengaku dirinya Islam , doa merupakan antara medium yang paling berkesan dalam menentukan arah tuju kehidupan . Boleh dikatakan setiap detik kehidupan seharian kita , ada doa-doa yang tertentu. Sabda Rasulullah yang bermaksud “ Doa itu merupakan ibu segala ibadat” , “ Doa itu senjata orang yang beriman” , “ Qadha’yang ditentukan Allah tidak boleh diubah melainkan dengan doa”
Berdoa juga merupakan symbol keakraban hubungan seseorang hamba dengan Penciptanya dan tanda memohon pertolongan daripada yang Maha Kuasa.

B. Tidak Mudah Berputus Asa
Sekali gagal tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya, sebaliknya kita hendaklah menjadikan kegagalan itu sebagai pedoman dan iktibar untuk memperbaiki kelemahan yang ada seterusnya mencapai kejayaan yang diingini.Andaikata kita membaca riwayat hidup tokoh-tokoh terkenal dunia kita akan dapati mereka juga menghadapi kegagalan pada permulaan usaha mereka,namun dengan usaha yang tidak mengenal erti putus asa mereka akhirnya berjaya sepertimana yang berlaku kepada adik beradik Albur dan Wilbur dalam usaha mereka mencipta kapal terbang.

C. Istiqamah
Salah satu faktor yang juga penting untuk menjayakan sesuatau usaha ialah istiqamah . Istiqamah membawa maksud tetap dan berterusan dalam melakukan sesuatu perkara . Orang yang istiqamah akan mempunyai disiplin diri yang tinggi yang juga merupakan faktor yang penting bagi sesuatu kejayaan .Sebab itu Allah telah memerintahkan RasulNya agar beristiqamah dalam menyampaikan dakwah .sebagaimana firmanNya dalam Surah As Syura ayat 15 yang bermaksud “ Maka serulah ( mereka kepada agama Allah ) dan tetaplah ( Istiqamah ) sebagaimana yang diperintahkan kepadamu”

D. Tawakal
Tawakal didefinisikan sebagai berserah kepada Allah dalam menentukan sesuatu perkara setelah dilakukan segala usaha dan ikhtiar.Tawakal melambangkan penyerahan diri seorang hamba yang lemah kepada Penciptanya yang maha mengetahui dan Maha Berkuasa .
Sifat tawakal perlu dan penting kerana ianya akan menjadukan seseorang itu tenang dalam menghadapi dugaan dan cabaran diamping menjadikannya lebih tabah dan kental.
Firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 23 yang bermaksud “ Hendakalah kamu bertawakal kepada Allah sekiranya kamu orang yang beriman” , Dalam Ali Imran ayat 159 yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada Nya.

E. Ihsan
Ihsan sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasululah dalam Hadis Jibril iaitu beribadat kepada Allah seolah-olah kita melihatnya dan sekiranya kita tidak melihatNya , sesungguhnya Allah sentiasa melihat dan memerhatikan kita. Dalam erti kata yang lain kita melakukan usaha yang terbaik yang dapat dilakukan untuk mendapat keredaan Allah.Malangnya kita selalu mengabaikan sikap ihsan sedangkan kita perhatikan orang bukan Islam ada mengamalkan sifat ini dalam kehidupan mereka contohnya orang Jepun yang mana mereka mengamalkan “Kaizen”satu sikap yang membawa maksud yang hamper sama dengan ihsan yang dianjurkan oleh Islam.

F. Sabar
Sabar juga aspek yang tidak kurang penting dalam membantu untuk mencapai kejayaan . Ini kerana kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi sebaliknya untuk mendapat kejayaan pelbagai halangan dan dugaan harus ditempuhi. Halangan dan dugaan ini dapat diatasi dengan adanya sifat sabar.

G. Tidak bertangguh/ Menjaga masa
Melakukan usaha dengan perancangan yang rapi tanpa membazirkan masa , tenaga dan wang ringgit adalah satu jaminan untuk mengecapi sesuatu kejayaan. Pepatah juga ada mengatakan masa itu emas .

19.2.13

kalau ada jodoh

Kalau dah suka sama suka tu,
Actually tak payah couple pun tak apa.
kekalkan je dngan hnya berkawan.
Kalau ada jodoh, tak kemana lah! ;)

If kita sayangkan seseorang itu, lepaskan dia pergi, jngan pernah halang dia. kalau dah tersurat di milik kita, suatu masa nanti pasti dia akan balik pada kita walau sehebat manapun pengganti yang dijumpa dan andai kita sayangkan sesuatu benda itu, jangan kita genggam dia terlalu kuat, bimbang ianya pecah dalam genggaman kita sendiri. tak perlu mengejar sesuatu yg tak pasti. tk perlu membuang masa mencari cinta, Allah itu maha adil.

16.2.13

SENYUM tanda KEKUATAN diri ..! (✿◠‿◠)

 heyyy.......  kenapa kita perlu senyum dlam setiap perkara....
senyum ini membuat kita dari mara ke ketawa dan jugak
seharus nya belajar MELAWAN perasaan  yang sedih itu dan jangan mudah mengikut kehendak perasaan.

【ツ】 senyum itu hanya luaran.. indah terlihat secara fizikal..
siapa yang melihat merasakan orang yang senyum itu bahagia, gembira.. 【ツ】

【ツ】 namun dalam hati tiada siapa yang tahu. setelah beribu-ribu perkara terjadi,
dia hanya mampu senyum..
andai ada yang mengguris, dia hanya mampu senyum.. 【ツ】
 

~~ TABAHLAH WAHAI HATI SENYUMLAH TANDA KEKUATAN ~~

 

11.2.13

bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian

Kata-kata motivasi Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian memang seringkali mampu membangun jiwa yang tandus usaha. Namun sejauh manakah kata2 ini benar?

hari bekerja bagi si pemalas adalah esok hari,
hari berehat bagi si pemalas ialah hari ini"

“Aku tak nak kerja makan gaji, aku tak nak kerja bawah orang”
Saya nak jadi CEO pada diri sendiri. Saya bekerja bila saya suka, pukul berapa mula. Semuanya saya yang tetapkan agar saya dapat spend time with  mom and dad with my family. Saya nak sponsor seluruh family saya. Bawa mereka pergi bercuti.

 “Fikiran positif akan menghasilkan emosi yang positif akan menghasilkan tindakan yang positif”

“Investment in knowledge will give you the best interest”

kata2 ini yang aku akan semat kan dalam hati dan minda aku..
tidak semua orang mula dari atas semua mula dari bawah .. aku akan cuba jadi yang terbaik ..
biar la kita susah2 dahulu,hina macam pun kita,kita perlu bersyukur dengan apa yang ada
kalau yang dah senang tu,tak sedau diri lagi
pergi jahanam oppsss terkasar plak~
mungkin belum ada rezeki hari ni allah nak bagi kesenangan
yang sangat senang kepada kita,Berusaha dan berusaha dan berdoa.....

10.2.13

bukan paras rupa jadi ukuran

hheyyy.... anda2 sekalian....
aku nak habak kt korg lor ....  tibe2 rasa nak kongsi kish ngn anda..

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu, tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu."Nilai yang paling utama bagi setiap manusia terletak pada amal perbuatan yang dilakukannya bukanlah pada rupa parasnya. Jika baik tingkah lakunya, maka baiklah dia pada pandangan kita, begitulah sebaliknya. Namun pada pandangan Allah SWT, selain tingkah laku dan amalan, nilai yang terpenting adalah pada niat orang yang melakukan sesuatu amal perbuatan itu sendiri.
kita tidak sempurna setiap manusia atau hambanya ada kekurangan dan ada kelebihan.. 
saya amik dari lagu hijjaz.
Lirik NUR Tuhan - Hijjaz

Tak terucap kepiluan ini
Titik hitam yang menghijab hati
Hitung dosa saat pergi takkan kembali
Sisa umur tidak undur lagi

Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan

Isi alam puspa warna
Bukti Tuhan Maha Kuasa
Kemanakah arah tuju
Hukum Tuhan pasti berlaku
Bukan tempat lalai leka
Di dunia bakti di tempah
Tanam budi luhur budi
Di akhirat tempat Abadi

Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan

Isi alam puspa warna
Bukti Tuhan Maha Kuasa
Kemanakah arah tuju
Hukum Tuhan pasti berlaku
Bukan tempat lalai leka
Di dunia bakti di tempah
Tanam budi luhur budi
Di akhirat tempat Abadi

Himpun doa di pohon harapan
Tempat rahmat petunjuk pimpinan
Ikhtiar usaha moga dengan Nur dari Tuhan
Suluh terang jalan kebahagiaan 

Jadilah diri sendiri! Mengapa harus dipuja kesempurnaan orang lain dan dicaci kecacatan diri sendiri. Setiap manusia dikurniakan Allah kelebihan dan kekurangan masing-masing. Diberi kelebihan untuk disyukuri jua dimanfaatkan dan dijadikan di sisi setiap kelebihan itu kekurangan..supaya kita tidak lupa siapa kita di sisi Tuhan Yang Maha Esa! 

8.2.13

buka cerita baru tahun 2013

                                                                     heyy....korg ....
                                      lama aku x updte blog... 2013 bru je nk updte nie....
                                      xde pe nk cter kn lor....
                              jus nak berkongsi satu kata2 iaitu  SEMANGAT mcmne nak berjaya dalam hidup ..      korg mesti nk hidup senng kn... setiap manusia mesti ada prinsip..semangat pon de prinsip jgk..

Prinsip Kejayaan 

  1. Mental yang Positif - Mental yang positif akan membantu anda mebuka peluang dengan setiap kejadian yang kita alami setiap hari, dengan berfikiran positif kita tidak akan dibelenggu oleh nafsu, dirantai oleh dendam dan dihantui oleh hasad dengki yang akhirnya membantutkan setiap usaha kita, bahkan dengan mental yang positif akan menjadikan setiap masalah yang anda hadapi sebagi batu loncatan kepada kejayaan..
  2. Tujuan Matlamat yang jelas - Untuk berjaya kita kena pastikan matlamat kita adalah jelas, ianya adalah supaya kita dapat menetapkan bagaimana langkah pertama kita, berapa lama angaran masa kita, apa kah target kita untuk satu jangkamasa tertentu, apakah cara atau langkah yang hendak kita lakukan apakah yang kita nak guna untuk mengukur tahap pemcapaiyan kita.
  3. Sanggup berusaha lebih – Untuk berjaya seseorang individu mestilah sanggup berusaha melebihi daripada individu biasa, sanggup menghadapi cabaran dan dugaan lebih daripada orang biasa 
  4. Belajar dari kegagalan – Setiap kegagalan, setiap dugaan, setiap kesilapan walau sekecil mana sekalipun tidak harus dipandang ringan, setiap apa yang berlaku ada tujuannya, jadikan ianya sebagai satu sumber ilmu untuk menambah baik prestasi kita di kemudian hari.
  5. Inisiatif diri – Jangan terlalu mengharap dengan apa yang sedia ada, samaada sumber, maklumat atau kaedah, cuba gunakan imaginasi untuk mencipta kemungkinan, peluang atau risiko 
  6. Semangat – Semangat adalah salah satu perkara yang paling penting dalam perjalanan kita menuju kejayaan, kerana perkara yang akan meghentikan atau menghancurkan usaha kita sebenarnya bukan kegagalan, masalah, atau dugaan tapi ianya berakhir bila kita sudah hilang semangat..
  7. Personaliti yang menarik – Ada yang megatakan Personaliti tidak penting, yang penting adalah kualiti, itu memang benar seandainya anda tidak berurusan dengan manusia, tetapi jika anda berurusan dengan manusia yang berakal, personaliti memaikan peranan yang cukup penting, cuba bayangkan jika anda mempunyai idea yang cukup baik tapi malangnya anda tidak mendapat kepercayaan atau peluang daripada pihak atau prospek anda untuk membentangkan Idea tersebut kerana penampilan anda.
  8. Disiplin diri – Ini adalah amat penting bagi memastikan anda sentiasa dilandasan yang betul dalam mengejar impian, ini juga akan menetukan setiap usaha  anda mengikut perancangan yang ditetapkan
  9. Menjaga kesihatan Fizikal dan Mental – Kesihatan fizikal dan mental ada lah dua perkara yang berlainan tapi saling mempegaruhi antara satu sama lain, kerana inilah yang akan membantu anda menyerap setiap masalah dan dugaan yang bakal dihadapi serta membantu anda untuk menguatkan semangat juang
  10. Kreativiti – Untuk berjaya kita mestilah mampu memanipulasi segala pengalaman dan pengetahwan yang kita ada dan kita jumpa, dan menerusi pengalaman dan pengetahwan tersebut kita mesti berusaha untuk menghasilkan atau mewujudkan idea yang lebih baik atau peluang yang belum diterokai oleh orang lain, krativiti juga mampu membantu kita untuk menyelesaikan masalah dengan cara yang lebih menjimatkan samada dari segi masa tenaga atau kos 
  11. Daya tahan yang tinggi – Dalam memburu kejayaan individu harus mempuyai kemampuan dalam menyerap dugaan, cemuhan, cacian, kutukan dan penolakan, daya tahan ini juga merupakan faktor yang menetukan berapa kuat semagat kita. 
  12. Kawalan diri dan kosentrasi - kawalan diri dan kosentrasi adalah penting supaya kita tidak dipengaruhi oleh faktor luaran dan pemboleh ubah semasa dalam kita membuat keputusan, tindakan dan penilaian dalam sesuatu keadaan, terutama nya dalam keadaan tertekan dan disaat saat genting.

Sudah Lumrah alam tidak mungkin semua orang akan jadi kaya, namun tidak kaya bukan bermakna gagal….Kita tidak akan gagal selagi kita tidak berhenti mencuba…aminn....