Blogger Templates

sebuah cerita sisa kehidupan




memamparkan tentang kehidupanku

27.9.12

SEBELUM ENGKAU HALAL BAGIKU

 Aku tak pernah mengharapkan apa-apa darimu kerana aku tau bahwa dirimu belum tentu jadi milikku.. Sebelum engkau halal bagiku,aku tak pernah menyatakan cinta padamu kerana aku hanya akan mengungkapkan rasa cintaku pada Sang Maha Pemberi Cinta.. 

 Sebelum engkau halal bagiku,aku tak pernah menyentuhmu,kerana aku hanya akan menyentuh yang HALAL untukku.. Sebelum engkau halal bagiku ,aku tak pernah merayu,kerana aku hanya akan merayu Pendamping hidupku kelak.. 

Sebelum engkau halal bagiku,mungkin aku hanya diam membisu seribu bahasa,taukah kamu apa yg aku lakukan,?..Sebenarnya aku sedang ISTIQOMAH memohon petunjuk_Nya disujud sepertiga malamku,jika memang kita berjodoh agar didekatkan dengan jalan_Nya.. Sebelum engkau halal bagiku,mungkin aku banyak menyendiri,taukah kamu apa yg aku lakukan.?..sebenarnya aku sedang melihat KESABARANMU.,sejauh mana rasa keikhlasanmu menerima semua ini.. 

Sebelum engkau halal bagiku,aku tak berani menggodamu,kerana aku tak ingin menimbulkan HARAPAN dibenakmu,jika suratan takdir_Nya berkata lain yang akan kau temui hanyalah penderitaan dihati,untuk itu mengertilah akan sikapku,aku tak ingin menodai hatimu.. Sebelum engkau halal bagiku,aku hanya menitipkan do'a disetiap sujudku,jika memang kita ditakdirkan untuk membina mahligai kehidupan yang SAKINAH MAWADDAH WARAHMAH pasti akan bersama dengan jalan_Nya yang Indah,...Aamiin ya Rabbal'alamin

19.9.12

kasih suci...

dalam mencari sebuah cinta yang sejati kadangkala kita terpaksa terluka beberapa kali. namun itu tidak bermakna cinta sejati itu tidak akan kita perolehi. kerana kadangkala cinta pertama yang hadir bukanlah bermakna cinta yang terbaik. dan kadang-kadang cinta yang terakhir itulah yang akan membawa kebahagiaan dalam kehidupan kita di dunia dan di akhirat. cuma kadang-kadang kita harus terima kenyataan bahawa apabila kita sendiri yang datang mencari cinta kadang-kadang ia boleh menyebabkan kita terluka. dan apabila cinta yang datang mencari kita, kita biarkan ia pergi. dengan alasan tidak snggup untuk menerima cinta lagi kerana cinta itu pernah dicari tetapi ia pergi meninggalkan kita. kenapa harus biarkan cinta itu pergi apabila cinta yang datang mencari kita.

jika ia yang ku temu adalah yang terindah .aku bersyukur  apa yang kau berikan . 

10.9.12

Bersihkanlah Hati

Didalam tubuh manusia terdapat segumpal darah iaitu hati. Apabila hati itu baik, maka baiklah keseluruhannya, dan sebaliknya apabila hatinya jahat, maka jahatlah keseluruhannya.

Hati adalah penentu kualiti diri seseorang. Oleh kerana itu, bagi memperbaiki manusia secara keseluruhan terletak pada keberkesanan kebaikan hatinya. Pembinaan dan pendidikan diri manusia tidak beerti apabila tidak diikuti dengan pembinaan hati. Keberkesanan pembinaan kualiti diri manusia bergantung pada kejayaan pembinaan hati seseorang itu. Tidak ada maknanya sekira dikurniakan tubuh badan yang sihat tetapi tidak pada hatinya.

Segala apa yang kita lakukan adalah terletak pada niat dan hati. Apabila niatnya ikhlas hanya kerana Allah semata-mata, amalannya adalah tinggi nilainya. Sebaliknya jika niat itu lari dan hanya inginkan pujian semata dari orang dan bukannya kerana ingin mendapat keredaan Tuhan, maka amalannya adalah tidak bernilai sama sekali. Ketahuilah bahawa niat yang baik terletak pada hati kerana hati yang bersih menghasilkan niat yang ikhlas. Daripada niat yang ikhlas melahirkan kekuatan yang begitu besar.

Hati adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati kita bersih, pasti iman dapat kekal didalamnya. Keimanan tidak dapat bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. Keimanan hanya kekal pada hati yang bersih. Berusahalah membersihkan hati dengan berzikir, merenung dan mengkaji tanda-tanda kekuasaan Allah dalam setiap perkara. Latihlah hati menerima dan menterjemah hikmah daripada setiap sesuatu kejadian dikeliling kita kerana hanya dengan ini hati akan sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit hati.