Blogger Templates

sebuah cerita sisa kehidupan




memamparkan tentang kehidupanku

27.5.14

PERANCANGAN BERUMAHTANGGA.

13 TIPS KAHWIN Kahwin Itu Indah...
1.KETIKA MENCARI CALON Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2.KETIKA MELAMAR Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3.KETIKA AKAD NIKAH Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

 4.KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

 5.KETIKA MALAM PERTAMA Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6.SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7.KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8.KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK Cintailah isteri atau suami anda 100%

9.KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

26.2.14

kenapa kita tidak boleh sama dgn mereka sebab kite ada sifat M besar.

1. Sejarah Bisnes Orang Cina
  • Sejarah yang dilalui oleh orang cina penuh dengan seribu liku, ini menjadikan mereka kuat.  Mereka tahu apabila mereka berada di bumi asing mereka harus berkerja keras untuk hidup dan tidak ada sesiapa pun yang dapat membantu mereka.  Sebab itu kebanyakan pendatang berjaya di dalam perniagaan.  Orang-orang Indonesia dari keturunan jawa berjaya dengan sektor pembinaan, dari kaum Aceh dengan peruncitan, Bangldesh juga sekarang sudah banyak membuat empayar perniagaan mereka.
  • Orang-orang cina dahulu duduk di bandar-bandar perlombongan, melayu kampung-kampung dan India estate.  Sebab itu kaum Cina terpaksa berniaga disebabkan mereka tiada sumber lain untuk dilakukan di dalam komuniti mereka.
  • Perniagaan orang cina tidak banyak formaliti dan karenah birokrasi.  Mereka menjadikan urusan busines mereka semudah mungkin.
  • Peniaga orang cina tidak statik dan mereka sentiasa berpandangan jauh sebab itu perniagaan orang cina ada pembaharuan setiap masa.  
2. Dunia Bisnes Orang Cina
  • Jika ingin lebih berjaya, kita mesti lebih kuat dan rajin dari orang lain.
  • Persepsi orang cina kepada perniagaan adalah psitif.  Dunia niaga adalah dunia yang menjanjikan kesenangan dan kemewahan
3. Falsafah Bisnes Orang Cina
  • Ajaran confucianisma telah diberi nafas baru dan ditafsirkan semula agar dapat memberi pencetus  kepada orang cina supaya melibatkan diri dalam bidang perniagaan.
  • Busines boleh dijadikan hobi dan bukan sebagai mengisi masa lapang.  Banyak orang gagal sebab bersikap hangat-hangat taik ayam dan sekadar suka mengikut orang.
  • keuntungan yang diperolehi sebaik-baiknya tidak dibelanjakan.  Ia perlu digunakan bagi menambahkan pusingan modal dan ini tidak berlaku pada setengah-setengah orang.   
4. Konsep Bisnes Orang Cina
  • Konsep busines orang cina lebih kepada prinsip simbiosis dengan setiap peniaga saling lengkap melengkapi
  • Konsep meniaga orang cina suka berkongsi, tidak tamak dan mereka akan "makan sama-sama"
  • Orang cina tak suka berniaga bermusim macam hanya berniaga bila musim perayaan sahaja.  Ini hanya kan membantutkan usaha mereka berterusan dengan kecairan modal yang berkurangan.
  • Orang cina pantang mengeluh di depan pelanggan jika menghadapi tekanan.  Mereka sentiasa menunjukkan yang mereka bagus bagi mengwujudkan keyakinan.
  • Peniaga cina tahu bahawa tawar menawar itu akan mengurangkan keuntungan namun bagi mereka kepuasan pelanggan itu lebih diutamakan.
5. Prinsip Bisnes Orang Cina
  • Orang cina boleh berniaga di mana-mana sahaja termasuk kampung melayu tetapi orang melayau belum tentu boleh berniaga di kampung cina
  • Orang cina sungguh agresif dan tahan lasak
  • Orang cina tidak akan melepaskan peluang dan berani mengambil risiko
  • Orang cina tidak suka berserah pada nasib dan suka melawan/menerima cabaran 
6. Budaya Bisnes Orang Cina
  • Orang cina sanggup berkerja tanpa mengira waktu (tidak berkira ttg waktu)
  • Orang cina melakukan sesuatu bersungguh-sungguh dan bukan hangat-hangat taik ayam
  • Orang cina kata kegagalan pertama memberi semangat, kegagalan ke 2 dijadikan pengajaran dan kegagalan seterusnya menguji kecekalan dan ketabahan
  • Orang cina akan menentukan matalamat sebelum melakukan sesuatu (jangka panjang)
  • Budaya orang cina lebih menekankan "siapa cepat dia dapat"   
7. Sistem Bisnes Orang Cina
  • Orang cina berpandangan biar sikit dan lambat asal selamat
  • Orang cina tidak suka memberi tekanan kepada pelanggan dan membiarkan pelanggan membuat pilihan
  • Orang cina percaya jika ada pelanggan baru pasti diberi potongan 
8.  Seni Bisnes Orang Cina
  • Orang cina percaya dunia perniagaan penuh dengan sepak terajang dan mereka sudah bersedia dgn seni "lingfu" untuk menangkisnya
  • Seni perniagaan sungguh halus, org cina percaya teori sahaja tidak cukup. Pengalaman akan mematangkan mereka
  • Seni perniagaan cina berasaskan menang-menang
  • Orang cina menggangap setiap pelanggan adalah sahabat atau saudara, perlu dilayan dengan baik  
9. Amalan Bisnes Orang Cina
  • Tanpa rugi tidak akan datang untung
  • Orang cina suka mengambil ahli keluarga sendiri bagi mengekalkan kepercayaan dan latihan
  • Orang cina memang akan menjaga pekerjanya yang baik
  • Orang cina akan merasa rndah diri dan hina jika makan gaji sebab bagi mereka makan gaji tidak menjadikan mereka kaya
  • Orang cina tidak boros dan bersikap menyimpan untuk mengembangkan perniagaan    
10. Etika Bisnes Orang Cina
  • Kerugian masa singkat adalah laluan keuntungan jangka masa panjang
  • Orang cina mempunyai etika kod yang melarang taktik kotor
  • Masyarakat cina tidak suka menganggu perniagaan orang lain, memburukkan perniagaan orang lain.  persaingan dibenarkan mengikut etika persaingan yang sebenar
  • Tawar menawar digalakan agar hubungan antara pelanggan dan peniaga menjadi baik.  
11. Rahsia Bisnes Orang Cina
  • Bagi orang cina walaupun kasih sayang tidak boleh dibeli dgn wang ringgit namun kekayaan akan dapat memberikan kebahagiaan dan meningkatkan sosio ekonomi dalam masyarakat
  • Kemisikinan, perasaan kurang selamat, masalah survival di tempat orang menjadikan orang cina sentiasa berkerja keras
  • Dalam sistem sosial orang cina, anak lelaki mesti menjadi kebanggaan keluarga dengan menjalankan perniagaan bagi meningkatkan martabat keluarga  
12. Petua Bisnes Orang Cina
  •  Petua untuk berjaya dalam perniagaan ialah menjadi perniaga yang boleh dipercayai, mudah berurusan dan tidak cerewet
  • Pelanggan sentiasa dijaga
  • Peniaga cina tidak takut untuk mengeluarkan perbelanjaan demi memikat hati pelanggan
13. Kejayaan Bisnes Orang Cina
  • Orang cin apercaya "kesabaran itu amat pahit tapi mengeluarkan buah yang amat manis sekali'
  • Orang cina tekun, walaupun jatuh tersungkur namun dia tetap akan bangun.
  • Orang cina tak kejar glamor, walaupun kerja itu dipandang hina namun jika ia memberi pulangan yang baik, dia akan melakukannnya 
14. Bakat Bisnes Orang Cina
  • Pepatah orang cina "Ibarat di mana ada air di situ ada orang cina" - bermaksudorang cina boleh hidup di mana-mana.
  •  Orang cina yang kerja makan gaji kurang dihormati danmereka yang berkerja tinggi akan disanjung oleh masyarakat org cina.
  • Orang cina boleh hidup di negara yang masih mundur sekali pun seperti Kenya dan Papua New Guinea 
15. Kemahiran Bisnes Orang Cina
  • Pepatah org cina "Emas yang tersembunyi hanya dapata dikeluarkan jika seseorang berusaha mencari dan menggalinya"
  • Orang cina tak suka memberi alasan.  Mereka berusaha menghapuskan sebarang alasan dan menjauhkan pelanggan yang menyusahkan mereka  
16. Psikologi Bisnes Orang Cina
  • Orang cina sesekali ia melangkah, langkah itu akan diteruskan.  Tidak ad ruang hendak berundur ke belakang
  • Orang cina percaya nasib buruk boleh diubah.  Sial dan malang boleh dibuang dan digantikan dengan nasib baik.  Sebab itu orang cina rajin membuang sial. 
17. Pemikiran Bisnes Orang Cina
  • Bagi orang cina masalah hanya batu loncatan dan bukan batu penghalang untuk berjaya
  • Orang cina menganggap untuk berniaga tidak mesti cerdik dan mempunyai otak yang geliga tapi KEBERANIAN bagi menghadapi segala cabaran
  • Pemikiran yang dinamik penting kerana ia dapat melihat satu pandangan yang jauh dan bukan setakat dunia persekitannya sahaja
  • Orang cina cepat dapat menyesuaikan diri dengan iklam perubahan persekitaran dan mood dalam pasaran  
18. Adat Bisnes Orang Cina
  • Semangkin banyak angpau yang diberikan, semangkin banyak keuntungan yang akan masuk
  •  Orang cina akan membayar hutang 3 hari sebelum perayaan
  • Orang cina tidak akan menyambut hari perayaan di pejabat atau premis perniagaan.  Mesti dirumah bersama keluarga.
  • Pembukaan perniagaan biasanya disertai dengan membakar mercun bagi menghalau niat jahat dan unsur-unsurnasib tak baik.
  • Orang cina tidak akan mengatakan sesuatu yang tidak baik ketika memulakan sesuatu perniagaan
19. Pantang Larang Bisnes Orang Cina
  • Tarian cina dipercayai membawa tuah dan rezeki dan upacara itu harus dilakukan pada waktu tengah hari atau petang dan tidak pada waktu malam.
  •  Orang cina digalakkan mebuat majlis ketika ingin memulakan perniagaan dan memberi hadiah bagi mereka yang memulakan perniagaan adalah satu kebiasaan.  hadiah berupa jam, gunting  dan benda-benda yang tajam kerana dipercayai membawa sial.  Sebab itu orang cina suka memberi replika emas dewa rezeki dan panjang umur, replika wang emas, buah labu, patung kura-kura dan katak.  Ia akan membawa "ong" kepada peniaga.
  • Ketika majlis pembukaan perniagaan diadakan, ia tidak boleh bertembung dengan majlis kematian.  Ia akan memberi alamat yang tidak baik.
  • Sebab itu dikedai orang cina terdapat cermin besar, dipercayai ia boleh menghalau roh jahat  
20. Lokasi Bisnes Orang Cina
  • Peribahasa "Bagi mendapatkan ikan yang besar, kita perlu menyediakan umpan yang bermutu dan alat pancing yang baik"
  • Premis perlu mudah dikunjungi, dihubungi dan dicari
  • Cina percaya dengan Feng Shui, aliran air dan angin yang baik pasti akan menbawa keseimbangan antara unsur "Yin" dan "Yang".
  • Warna memainkan peranan dalam perniagaan orang-orang cina.  Orang cina suka mengenakan warna terang dalam premis perniagaan mereka agar mudah dilihat oleh orang lain. 
21. Strategi Bisnes Orang Cina
  • Orang cina sentiasa mengatur strategi dari masa kesemasa dan sering menukar strategi jika strategi yang dilakukan tidak mendatangkan hasil
  • Orang yang mempunyai strategi kebiasaannya mempunyai jiwa yang besar dan tidak takut menghadapi risiko  
22. Jaringan Bisnes Orang Cina
  • Orang cina memerlukan jaringan yang kuat antara mereka bagi menyokong asas perniagaan
  • Jaringan yang kuat ke atas asas peruncitan orang cina amat sukar digugat kerana kemantapannya
  • Orang cina jarang mempunyai sikap untuk menjatuhkan orang lain malah sentiasa bantu membantu dan mengambil barangan dari dari rakan-rakan niaga yang lain jika barangan yang diminta oleh pelanggan tidak ada atau kehabisan stok 
  • Dua bentuk jaringan orang cina.  Satu, melalui pembentukan persatuan.  Ke dua jaring yang sudah wujud turun temurun. 
23. Berniaga Cara Orang Cina
  •  Letakkan di mana sahaja orang cina, pasti mereka boleh mencari ruang dan peluang
  • Belajar teori dahulu baru amal tidak menjadikan seseorang itu berjaya dalam perniagaan.  Org cina sentiasa menentang arus dan mencuba.
24. Sikap Bisnes Orang Cina
  • Masyarakat lain makan untuk hidup tetapi orang lain hidup untuk makan 
25. Motivasi Bisnes Orang Cina
  • Tidaka ada benda lain yang boleh memotivasikan orang cina melainkan menjadi bos kepada diri sendiri.
26. Politik Bisnes Orang Cina
  • Jika hendak mencari rakan kongsi, biarlah orang yang boleh dipercayai.  Kawan rapat belum pasti akan setia dan tidak mengkhianati rakan
27. Orientasi Bisnes Orang Cina
  • Perjalanan seribu batu bermula dari langkah pertama
28. Matalamat Bisnes Orang Cina
  • Semangkin banyak derma dan sumbangan semangkin banyak keuntungan yang akan masuk di dalam kantung
29. Wawasan Bisnes Orang Cina.
  • Kesusahan, kepayahan, keperitan tidak pernah melemahkan peniaga yang berwawasan
30. Warisan Bisnes Orang Cina
  • Orang cina pandai berniaga bukan kerana mereka lahir sebagai orang cina.
31. Tokoh Bisnes Orang Cina
  • Belian hanya akan berharga selepas ia digilap dan dibentuk daripada keadaan yang asal
32. Tip Bisness Orang Cina
  • Orang yang berniaga tidak boleh cerewet dan kalau boleh permudahkan segala urusan